Shipping Method

Sebarang tempahan yang telah dibayar dan telah dikemukan bukti pembayaran sebelum pukul 3 petang pada hari tersebut akan dihantar ke POSLAJU pada hari yang sama.

Pembayaran bagi tempahan selepas pukul 3 petang pada hari tersebut akan dibawa untuk diuruskan pada hari keesokannya.Pengeposan dilakukan HANYA pada hari  ISNIN-JUMAAT.

Sekiranya berlaku sebarang kelewatan diperingkat pengurusan kami atas sebarang sebab, Pihak kami akan segera memberitahu pihak pelanggan. Pihak pelanggan mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan menerima keseluruhan jumlah pembayaran yang telah dibayar sekiranya pihak kami gagal mengurus tempahan pihak pelanggan tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 5 hari bekerja.

Setelah pihak kami menguruskan tempahan anda dan diserahkan kepada syarikat penghantaran. Pihak pelanggan berhak untuk meminta maklumat nombor rujukan yang telah diberikan oleh syarikat penghantaran.

Pihak kami akan mengemaskini status penghantaran dan pihak pelanggan boleh merujuk laman web ini untuk melihat maklumat terkini berhubung tempahan pihak pelanggan.

Segala risiko barang akan berpindah milik kepada anda sebaik penghantaran dilakukan kepada Syarikat Penghantaran. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan diperingkat Syarikat Penghantaran namun Pihak Kami boleh menjadi pemudah cara diantara anda dan Syarikat Penghantaran dalam urusan yang melibatkan pihak kami.

Sebarang pemulangan produk oleh Syarikat Penghantaran atas sebab tidak dituntut atau tiada orang di lokasi hanya akan dihantar kembali dengan caj penghantaran yang baru.

Caj penghantaran adalah bergantung kepada berat item dan kawasan penghantaran.Maklumat lanjut sila rujuk website POSLAJU.